Friday, December 25, 2009

IJAZAH PEMASARAN DARI UNIVERSITI METROPOLITAN KUALA LUMPUR

Tujuan saya memasuki Universiti Metropolitan Kuala Lumpur bukanlah untuk mendapatkan Ijazah tapi untuk membina rangkaian perniagaan masa hadapan saya. Sebab cita-cita saya yang belum tercapai ialah hendak menjadi SEORANG JUTAWAN yang memenuhi tanggungjawabnya kepada diri sendiri, ibubapa, adik-beradik, keluarga, saudara-mara, sahabat, kawan-kawan, kenalan, jiran, syarikat-syarikat, masyarakat, negara, dunia, ekonomi, Islam, Nabi Muhammad, dan Allah. Sebagai seorang jutawan muda, saya mestilah membantu membangunkan ekonomi negara dan dunia, menyampaikan agama Islam ke seluruh rantau benua, mengamalkan prinsip Islam, mengiratkan tali silaturrahim, mengembangkan ilmu pengetahuan yang tidak akan habis, menambahkan kenalan, memperbesarkan pasaran, menambahkan ilmu di dada, dan menjadi warga Malaysia yang soleh.

No comments:

Post a Comment